PBB tetap keluar BN, tak endah rayuan Zahid. Langkah ini akan menyebabkan kerusi parlimen BN berkurang lagi 13 kepada 66.

Meskipun selepas rayuan daripada pemangku presiden BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan parti pemerintah Sarawak tetap dengan keputusan keluar daripada BN

Langkah ini akan menyebabkan kerusi parlimen BN berkurang lagi 13 kepada 66.

Langkah itu juga dikatakan mungkin menyebabkan parti komponen BN lain di Sarawak akan dipinggirkan dari negeri itu.

Ketika kunjungan ke Putrajaya pada 31 Mei lalu Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang keputusannya meninggalkan BN.

Abang Johari juga memberi jaminan Sarawak akan menyokong kerajaan yang kini di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dalam hal-hal berhubung kepentingan negeri itu dan Malaysia secara keseluruhannya, katanya seperti dilapor The Malaysian Insight.

Abang Johari kemudian turut berjumpa Ahmad Zahid di Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid dikatakan meminta agar Abang Johari tidak meneruskan langkah untuk keluar BN dengan berkata bahawa gabungan itu akan hancur sekiranya ia terjadi.

Ketika dihubungi, Setiausaha Agung PBB, Alexander Nanta Linggi mengaku beliau tidak tahu tentang keputusan partinya keluar BN.

“Saya tidak tahu. Abang Johari belum memaklumkan anggota termasuk saya apa yang dibincangkan dengan perdana menteri.

“Beliau bagaimanapun akan mengadakan mesyuarat dengan parti-parti BN pada 12 Jun.

“Saya harap, apa-apa yang dibincangkan dengan Dr Mahathir akan dibawa ke mesyuarat itu,” katanya kepada¬†Malaysiakini.

PBB menggantikan MCA dan muncul sebagai parti kedua terbesar BN dalam tiga pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

PBB menang 19 daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak.

Abang Johari bagaimanapun tidak menjawab apabila diminta mengulas dakwaan bahawa PBB mungkin akan kalah dalam pilihan raya negeri 2021 sekiranya tidak menjarakkan diri dari rasuah yang dikaitkan dengan BN.

Selepa PRU ke-14 pada 9 Mei lalu, Gabernor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilapor berjumpa Dr Mahathir, yang menyebabkan timbul spekulasi PBB mungkin akan menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

HARAPAN Sarawak bagaimanapun menolak sebarang hubungan dengan PBB.

Lihat videonya..

Sumber: malaysiakini

Leave a Reply