Pekerjaan Ibu Adam Rayqal yang ramai tak tahu. Tak pelik la kalau terpaksa hantar bagi pengasuh jaga

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian Adik Adam Rayqal yang amat tragis. Sehubungan dengan kes itu, terdapat banyak komen-komen sumbang yang menyalahkan ibunya. Mereka menyalahkan ibu Adam Rayqal kerana pentingkan kerjaya oleh sebab itu terpaksa hantar anaknya kepada pengasuh. Diharap selepas terbaca artikel ini mereka lebih terbuka dan bijak dalam berbicara. Pekerjaan Ibu Adam Rayqal ini bukan la pekerjaan yang sia-sia, bukanlah pekerjaan untuk mengejar kekayaan.

sumber: facebook

Memburukkan wanita berkerjaya dengan melabel mereka sebagai pentingkan wang berbanding dengan kebajikan keluarga. Ada wanita bekerjaya untuk memenuhi fardhu kifayah, kalau mereka tak bekerja, kita semua berdosa.

Jadi, tak perlu nak salahkan ibunya kenapa tidak berhenti kerja dan jaga anak. Setiap manusia ada komitmen masing-masing. Ibu mana yang tidak mahu melihat anak 24 jam? Ibu mana yang nak sangat beri anak untuk dijaga pengasuh? Untuk kali ini dan seterusnya, kita jadi bijak dalam berkata-kata. Jangan menambah lagi luka ibunya yang tengah bersedih.

Adik Adam Rayqal Selamat dikebumikan

KUALA TERENGGANU- Jenazah bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di sini, jam 10.30 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah bayi itu tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah jam 9.53 malam untuk solat jenazah yang diimamkan oleh Imam bertugas pada malam itu, shafiq haqimi ambak.

Jenazah Adam Raqyal dipangku bapanya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, dari Masjid Al-Muktafi Billah Shah ke Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam sebelum disambut oleh datuknya, Mohd Fauzi Jusoh,61, masuk ke kawasan tanah perkuburan.

Lebih 1,000 orang hadir termasuk ibu bapa bayi malang, Farrah Madihah Othman, 28, dan Mohd Sufi Naeif, 28, bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Selain ahli keluarga mangsa, penduduk setempat yang terkejut dengan kejadian tragis menimpa mangsa turut hadir memenuhi kawasan perkuburan seawal jam 8.30 malam bagi melihat sendiri pengebumian bayi malang itu.

Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan berkenaan sepanjang proses pengebumian anak syurga itu.

Terdahulu, jenazah Adam Rayqal selamat tiba di rumah datuknya, Mohd Fauzi di Taman Chendering Utama, Chendering, di sini, jam 9.25 malam.

Turut hadir di rumah keluarga datuk mangsa adalah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Malah, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota turut hadir di kawasan tanah perkuburan memasang lampu agar proses pengebumian berjalan lancar selain polis yang mengawal lalu lintas.

Terdahulu, jenazah Adam Rayqal selesai dibedah siasat pada jam 2 petang sebelum dimandi dan disembahyangkan di surau IPFN HKL pada jam 2.15 petang dan dibawa keluar pada jam 3.06 petang tadi.

Jenazah bayi malang yang dibalut dengan kain batik dipangku ibunya dibawa menaiki kereta Honda Jazz bersama bapanya serta beberapa ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Tok Pelam, di sini.

Malam tadi, Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam.

Bagaimanapun, polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kira-kira jam 11 malam tadi, selepas mendapati terdapat keraguan pada keterangannya.

sumber: Sinar Harian

Leave a Reply