Pemandu Bas Rapid KL Pula Disyaki Positif Dadah, Ini Komen Ketua Polis KL, Datuk Mazlan Lazim.

KUALA LUMPUR – Pemandu bas Rapid KL yang terbabit dalam insiden rempuhan sekurang-kurangnya tujuh buah kereta di Jalan Ampang, di sini, malam tadi didapati positif dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kes ini turut disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Derah Ampang Jaya di bawah Kontinjen Selangor.

“Ini kerana kes pertama berlaku di kawasan Ampang sebelum masuk di kawasan ibu negara.

“Kes masih dalam siasatan dan pemeriksaan mendapati pemandu bas ini berada di dalam pengaruh dadah jenis syabu semasa memandu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Operasi Khas Rondaan Cegah Jenayah -Pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Perasmian Pondok Bit Polis Bantuan di KLCC, di sini, hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menyemak sama ada pemandu bas berusia 32 tahun itu memiliki rekod dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, dilaporkan sekurang-kurangnya empat cedera selepas tujuh kereta dilanggar bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Datuk Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Video sepanjang 1 minit 40 saat mengenai kejadian itu tular menunjukkan bas berkenaan dipandu dengan laju apabila dikejar penunggang motosikal.

Penunggang motosikal itu memaki hamun pemandu bas berkenaan yang dikatakan melanggar ibunya, sebelum pemandu bas terbabit melarikan diri apabila kenderaan itu tidak bergerak selepas merempuh kenderaan lain.

Pemandu Bas Rapid KL Positif Dadah. Pemandu bas Rapid KL yang merempuh tujuh ke

Pemandu Bas Rapid KL Positif Dadah.Pemandu bas Rapid KL yang merempuh tujuh kenderaan di ibu negara malam semalam ditahan polis kerana dibawah pengaruh dadah jenis syabu.

Posted by Buletin TV3 on Friday, 17 August 2018

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim mengesahkan pemandu itu sudah ditahan polis dan disahkan berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian berlaku.

“Terdapat 2 siasatan yang dibuat, pertama di IPD Ampang dan 1 lagi di Kuala Lumpur dan didapati positif dadah.

“Kedua-dua siasatan adalah sama, cuma melibatkan 2 kawasan berbeza iaitu Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Operasi Khas Rondaan Cegah Jenayah Pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Tajudin Md Isa.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata siasatan yang dilakukan terhadap pemandu yang turut cedera di bahagian kepala itu dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, sekurang-kurangnya 4 orang dilaporkan cedera dalam kejadian jam 8.00 malam di depan Bangunan Risda, Jalan Ampang.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pelantikan bekas pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Zulkifli Abdullah sebagai ketua pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah normal kerana agensi itu adalah agensi terbuka.

“Ini perkara biasa, kalau arahan sudah dikeluarkan, kita kena ikut lah,” katanya.

Sumber: bronakcuba

Leave a Reply