Pemuda ini menemui iPhone X di dasar sungai. Setelah berjaya mengeringkan telefon itu, sesuatu yang ajaib telah berlaku!

Melalui saluran Youtube, penyelam bebas bernama Dallas sering merakamkan video yang menunjukkan dirinya menyelam ke dalam sungai untuk mencari barang-barang orang yang tercicir. Sudah tentu, proses pengembaraannya juga akan membawa banyak kejutan.

Tanpa syak wasangka lagi, setiap pengembaraannya pastinya menemui banyak khazanah manusia yang bermacam ragam! Antaranya adalah cincin emas, kaca mata, kelapa… dan yang paling mengejutkan adalah sebuah telefon bimbit iPhone X!

Ketika dijumpai, telefon bimbit itu berada dalam keadaan yang tidak baik. Paparan telefonnya retak dan ianya belum boleh berfungsi kerana ianya sudah berada di dalam air dalam masa yang agak lama. Walau bagaimanapun, Dallas tidak peduli sama ada ia rosak atau tidak, tetapi dia gembira untuk membawa pulang hasil ekspedisi ini.

Apabila Dallas pulang ke rumah, dia berharap telefon itu masih boleh digunakan. Dia cuba untuk mengeringkannya selama beberapa hari. Perkara yang paling sukar dipercayai adalah selepas telefon bimbit itu dicas, ia masih boleh beroperasi secara normal. Kualiti telefon bimbit yang dilancarkan oleh Apple sangat baik. Sungguh mengagumkan memandangkan telefon itu sudah berada di dalam air dalam sekian lama.

Setelah itu, Dallas memutuskan untuk mencari pemilik telefon berkenaan dan mengembalikannya semula. Akhirnya melalui simpanan nombor telefon yang ada di dalam telefon itu, dia cuba menghubungi pemiliknya.

Adakah Dallas berjaya menghubungi dan memulangkan semula telefon bimbit itu kepada pemiliknya? Mari saksikan video ini sehingga ke saat akhir. Ianya sebuah video berkualiti yang penuh dengan kejutan!

Era Baru

Leave a Reply