Punca kenapa bateri kereta cepat kong.. Ini rupanya punca dia yang banyak kedai tak mau kongsikan!!

Punca kenapa bateri kereta cepat kong.. Ini rupanya punca dia yang banyak kedai tak mau kongsikan!! Antara punca2 kenapa bateri kereta anda cepat kong walaupun baru ditukar..Anda semua patut ambil tahu apa punca2nya dan cara atasi masalah sebegini…Elakkan dari kita menanggung kerugian yang besar tukar itu ini tapi masalah masih tidak dapat diselesaikan.. Netizen: “brader ni buat keje ikhlas btl.. bukan nak duit semata2.. semoga murah rezeki.” Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Bateri kereta ini menyediakan kuasa elektrik yang diperlukan untuk menyalakan semua komponen elektrik di dalam kenderaan anda. Bercakap tentang tanggungjawab yang cukup besar. Tanpa kuasa bateri, kereta anda, seperti yang anda mungkin perasan, tidak akan bermula. Reaksi kimia meletakkan kereta anda dalam tindakan: Bateri anda menukarkan tenaga kimia ke dalam tenaga elektrik yang diperlukan untuk menggerakkan kereta anda, memberikan voltan kepada starter. Pastikan arus elektrik stabil: Bukan sahaja bateri anda memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan kereta anda, ia juga menstabilkan voltan (itulah istilah untuk bekalan tenaga) untuk memastikan enjin anda berjalan.

Apa-apa pun, info di atas adalah sekadar kongsi maklumat. Sekarang mari kita tonton video di bawah. Punca kenapa bateri kereta cepat kong.. Ini rupanya punca dia yang banyak kedai tak mau kongsikan!! Saksikan!

Sila tonton video:

Sumber:dharian

#7 TIPS PENJAGAAN BATERI YANG BETUL

Bateri adalah satu komponen yang cukup penting untuk memastikan sesebuah kenderaan boleh dihidupkan dan kekal beroperasi. Kuasa elektrik yang diperlukan untuk menggerakkan sesebuah kenderaan disimpan di dalam bateri.

Kebanyakan bateri yang dijaga dengan baik akan kekal beroperasi sehingga 2 ke 3 tahun, malah ada yang lebih lagi. Adalah cukup penting untuk memastikan kereta anda diselenggara dengan baik oleh mekanik yang bertauliah untuk memastikan bateri kereta anda berfungsi dalam keadaan terbaik.

Namun ada juga langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah khususnya dengan memeriksa dan membersihkannya sendiri secara berkala (sebulan sekali contohnya). Jika perlu, bawa bateri anda untuk dicas kembali (biasanya jika kereta anda ditinggalkan dalam jangka masa yang lama).

1. KEDUDUKAN BATERI DALAM KERETA

Hitachi-battery-mekanika (2)

Kebanyakan bateri kenderaan mempunyai kotak plastik tahan lasak dengan dua sambungan terminal untuk kabel positif dan negatif. Bahagian terminal bateri biasanya diperbuat daripada plumbum ataupun tembaga.

Sesetengah bateri seperti bateri motosikal yang bersaiz lebih kecil mempunyai terminal bateri yang berbeza, kadangkala ia dilengkapi dengan skru untuk memudahkan sambungan.

Jika ingin menanggalkan bateri untuk dibersihkan pastikan kedudukan positif dan negatif agar tidak tersalah pasang kemudiannya.

2. PERIKSA ARAS AIR BATERI SETIAP 2 ATAU 3 BULAN SEKALI

Langkah ini digunapakai hanya untuk bateri sel-basah dan bukannya bateri bebas-selenggara (maintenance-free) Jika anda menggunakan bateri bebas-selenggara, pastikan ia diperiksa oleh pakar bateri.

Biasanya bateri jenis ini tidak memerlukan penambahan cecair bateri. Bagi bateri sel-basah biasa pula, cecair bateri mesti ditambah dari semasa ke semasa. Kegagalan memeriksa aras air bateri akan mengakibatkan tempoh hayat bateri berkurangan dari sepatutnya. Aras air bateri sepatutnya mencecah bahagian bawah lubang isian setiap kali isian.

Buka penutup untuk memeriksa aras air bateri. Sesetengah bateri memang tidak mempunyai penutup (biasanya bateri bebas-selenggara).
Tambah air bateri jika arasnya terlalu rendah. Gunakan corong dan tambah secukupnya. Jangan sampai melimpah keluar.

3. BERSIHKAN TERMINAL BATERI 

BATERI ‘KONG’, MAYDAY! MAYDAY!

Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.
Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat. Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid.
Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembal

4. SAPUAN GRIS TAHAN PANAS

Sapukan sedikit minyak gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkannya daripada kakisan dan karat.

5. SENTIASA PERIKSA VOLTAN BATERI

BATERI ‘KONG’, MAYDAY! MAYDAY!

Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik.

Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri. Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt.

Pastikan bateri anda mempunyai cas penuh sebelum diuji. Kadangkala, alat penguji bateri akan  memberi bacaan “Bad Battery” jika bateri yang diuji tidak mampunyai cas penuh, walaupun bateri tersebut dalam keadaan baik.

6. PERIKSA PENEBAT BATERI JIKA ADA

Periksa penebat bateri ataupun insulator jika ada. Sesetengah kereta mempunyai penebat ini untuk melindungi bateri daripada kepanasan melampau, sekaligus mengeringkan cecair bateri dengan cepat. Penebat ini mesti ada ditempatnya dan dalam keadaan baik.

7. PERIKSA SETIAP 5,000 KILOMETER

Cara terbaik untuk memelihara bateri kereta anda ialah dengan memastikan ianya diperiksa dan diuji setiap 5,000 kilometer ataupun 3 bulan sekali oleh juruteknik yang berpengalaman.

Sebagai antara komponen paling penting di dalam kenderaan anda, bateri memang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Harganya yang mahal juga bererti anda terpaksa mengeluarkan wang yang lebih jika ia meninggal sebelum waktunya.

Sumber: mekanika.com

Leave a Reply