Punyalah Senang, Kek Coklat Ini Cuma Guna Nasi Sebagai Bahan Utama

“Macam tak percaya. Kek sesedap ini hanya nasi sahaja bahan utamanya. Punyalah senang, anytime boleh buat.”

Begitulah perkongsian Puan Syahirah Zulkifli yang unik dan kreatif. Penyediaannya tak sampai 30 minit pun. Oh ya, yang paling best, kek coklat ini adalah gluten free, dairy free & egg free. 

Menurut Puan Syahirah, suami dan anak-anak memang teruja memakannya. Rasanya memang sedap sangat bagi beliau yang ‘hantu’ kek coklat. Ini pun tak buat sebarang topping. Kalau siap dengan topping lagilah terangkat!

RESEPI KEK COKLAT PALING MUDAH GUNA NASI

Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

2 cawan nasi
1 cawan serbuk koko
1 cawan organic raw cane sugar – Sebab dah kehabisan stok, saya guna gula merah/molasses campur gula kabung. 1 cawan agak manis juga. Boleh kurangkan sikit.
1 cawan minyak – Ini pun rasanya boleh kurangkan sedikit sebab bekas kek agak berminyak lepas masak.
Secubit garam – Saya guna garam bukit / himalayan pink salt kat rumah.
Air suam 100ml – Saya tambah sedikit lagi sebab tak boleh nak blend.

Oh ya, dengan semua sukatan bahan ini saya dapat 9 biji kek saiz kecil sikit dari tapak tangan saya. Dalam gambar di bawah ini tangan anak saya yang umurnya setahun.

Bahan tambahan (optional)

Sedikit tepung jagung. Anggaran 4 sudu kecil.

1 sudu kecil pure baking powder 
Cuka epal

*Rasanya tak tambah 3 bahan di atas ini pun tak apa sebab keknya memang tak naik. Tekstur keknya bila dah masak memang sangat moist. Lepas dibiarkan sejuk atas meja, kek jadi lebih keras. Nak lebih sedap, sejukkan dalam peti ais dulu.

resepi kek nasi

Cara-cara

Berikut adalah cara membuatnya. Mudah saja.

1. Kisar

Pertama sekali,blendkan saja semua bahan sampai sehalus yang boleh.

2. Kukus / Bakar

Saya tuang dalam paper cup muffin. Kukus selama sejam.

Pastikan tudung periuk kukus ditutup untuk elak wap air masuk ke dalam kek. Masa memasak memang agak lembap teksturnya. Bila ia dah sejuk ia akan mengeras.

Biarkan masak lebih kurang sejam. Kalau bakar, rasanya sekejap saja. Bakar pada 170 darjah Celcius selama lebih kurang 40 minit.

3. Siap!

Eh, itu saja langkahnya? Macam tak percaya, kan?

Bila dah sejuk, saya terus makan. Tak sabar nak rasa. Sedap! Bila ada lebih, sejukkan semalaman dalam peti ais, lagilah sedap! Macam makan chocolate bar.

SELAMAT MENCUBA!

Wah, macam tak percaya boleh buat kek dengan menggunakan nasi kan? Lepas ini kalau ada nasi lebih, bolehlah buat. Tak adalah hari-hari menghadap nasi goreng saja.

Semoga perkongsian resepi kek coklat ini dapat memberi kepelbagaian kepada menu hidangan harian anda. Boleh variasikan mengikut citarasa sendiri.

Rugi tak cuba, mudah sangat!

 

*Resepi kek coklat daripada nasi ini adalah hasil olahan asal Puan Syahirah Zulkifli dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, ikuti post asal beliau di SINI.

Sumber: Siraplimau

 

Resipi Coklat Milo Cube Homemade. Simple & Boleh Tambah Tenaga.

 

Satu ketika dulu, Milo Cube ni pernah menjadi tular. Harganya boleh tahan mahal kerana ia diimport dari luar negara. Isinya? Alahai…kecil ‘cinonet’ sahaja. Pendek kata, kalau geng mak-mak yang ada ramai rakyat, sebungkus memang tak cukup. Bagi yang teringat-ingat akan rasanya tu, boleh cuba buat sendiri. Malah lagi sedap dari yang anda beli tu. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Mudah sahaja resipi perkongsian saudara Fendi Islam ini.

RESIPI MILO CUBE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

100gm UHT Whipping cream ( krim putar)
100gm chocolate coin @ bar
100gm serbuk milo
Aluminium foil
Bekas kiub ais

CARA MEMASAK:

1. Satukan whipping cream, coklat dan milo di dalam mangkuk tahan panas. Gaul sedikit. Masukkan ke dalam microwave selama 3 minit pada suhu 250C. Jika tiada microwave, boleh guna kaedah ‘double-boiler’.

2. Keluarkan dan gaul sebati menajdi coklat ganache. Suhu jangan terlalu panas sehingga coklat berminyak. Nanti coklat akan lambat beku.

3. Sediakan aluminium foil seperti dalam gambar di bawah. Isikan dalam bekas ais kiub.

4. Tuang coklat ganache tadi. Bekukan selama 5-6 jam.

Nota: Jika mahu rasa coklat yang lebih kuat, boleh digolek di dalam serbuk milo.

Kredit resipi & foto: Fendi Islam

Sumber: Rasa via manggahijau

Leave a Reply