Rakaman CCTV seram menunjukkan sebuah keretapi berhantu berhenti di landasan sebelum ‘hilang’

Video mengerikan ini menunjukkan detik apabila sebuah ‘keretapi berhantu’ berhenti di stesen kereta api di China berjaya dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Seorang pekerja di stesen berkenaan benar-benar tidak mempercayai apa yang dilihatnya setelah menyedari rakaman CCTV yang memaparkan sebuah keretapi  ‘lutsinar’ berhenti di stesen Baotou.

Keretapi berhantu yang hanya menampakkan pancaran sinaran lampu hadapan telah memperlahankan kelajuan dan berhenti di stesen berkenaan seolah-olah sedang menurunkan penumpangnya.

Kejadian ini ternyata tidak dijangka oleh para pekerja di stesen tersebut. Salah seorang daripada pekerja memaklumkan bahawa dia tidak pernah menyaksikan kejadian tersebut selama 12 tahun perkhidmatannya. Malah, dia turut berharap agar tidak melalui pengalaman itu sekali lagi.

Rakaman video dipercayai berlaku pada 10 Mac lalu dan empat hari kemudiannya, video tersebut dimuat naik di saluran YouTube bernama The Hidden Underbelly 2.0.

Sejak itu, ia ditonton oleh ribuan netizen dari seluruh dunia yang terpana dengan kejadian berkenaan. Ada yang mempercayai ia merupakan aktiviti paranormal dan ada juga yang mendakwa kejadian tersebut kelihatan seperti refleksi daripada tingkap.

Benar atau tidak, insiden ‘keretapi berhantu’ ini benar-benar menarik untuk dirungkaikan kisahnya.

Tonton video penuh penampakan keretapi mengerikan itu di bawah.

Sumber: Era Baru

Leave a Reply