Resepi KEK VIRAL 3 BAHAN yang Sangatttttt Lembut dan Sedap!!YumYum..Yummy…

Nampak?? hanya kerana KEK VIRAL 3 BAHAN ni, saya update entry baru harini.. hahhahhah. Hebat kek ni mampu menghilangkan penyakit MALAS saya. Mahunya tak, disebabkan rasa dia yang sedap dan lembut yang amat tu buat saya teruja nak berkongsi dengan u all. Eh, tapi lepas ni tak tahu pulak la bila nak update blog lagi. hahhahhahhah. Gigih tau saya buat semalam dengan anak-anak pun tolong sekali, tolong sampai comot rupa kek ibu dia ni haaa.

Ohya, ada yang panggil ia APAM VIRAL 3 BAHAN dan ada yang panggil KEK VIRAL 3 BAHAN.  Tapi bagi tekak saya yang bukan pakar bab2 merasa ni, bagi saya, ini bagi saya tau, rasa dia tu menjurus ke arah rasa kek, tak pulak rasa macam apam. Iskk tertiba terbayang pula apam yang nak kena letak bahan pengembang seperti yis, eno atau baking soda pastu cicah pula dengan kelapa. Haishhh sedapnya!!

Walaupun ianya guna 3 bahan je, eh tapi jadi 4 bahan sebab saya letak pewarna. Ianya tetap juga lembuttttttt sangat, ringan je, lepas tu sedap tak beragak punya sedap!!! Bayanglah Aqilah 2 3 kali cakap “Ibu, kami rasa macam nak makan habis la kek ni”. Kesnya saya suruh dia simpan juga kek tu untuk Alisha dan abahnya. Oh, rupa tak semegah tu adalah perkara biasa bagi saya yang tak reti ni ye. Lebih-lebih lagi ada tangan-tangan kecil yang membantu. (“,)

BAHAN : 3 @ 4 BIJI TELUR, SAYA GUNA 4 SEBAB TELUR KECIL, PUKUL SAMPAI KEMBANG, INGAT, SAMPAI KEMBANG TAU! SAYA GUNA HAND MIXER SEBAB BILA GUNA BLENDER SAYA TAK RETI NAK AGAK TELUR DAH KEMBANG KE BELUM. LEPASTU MASUKKAN SECAWAN GULA, PUKUL SAMPAI KEMBANG JUGA. IA AKAN BERTUKAR JADI WARNA PUTIH. LEPAS TU MASUKKAN SECAWAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT. PUKUL LAGI DENGAN KELAJUAN YANG MINIMA. DAH SIAP, AGIHKAN KEPADA 3 BAHAGIAN UNTUK LETAK WARNA. LEPAS TU MASUKKAN JE KE DALAM BEKAS. NAK KEK NAIK TINGGI, LETAKLA DALAM BEKAS KECIK SIKIT. LEPAS TU KUKUS. SIAP!!

TIPS :-

Balut tudung pengukus dengan kain @ plastik supaya air tak menitik atas kek @ apam
Pastikan periuk dah panas @ air mendidih baru masukkan adunan tadi
Pastikan telur betul-betul kembang!

Ingat tau tips yang saya kongsi ni jika nak kek atau apam u all tu menjadi, kang jadi bantat pula kek atau apam u all tu. Bukan apa, saya sebelum ni guna blender untuk buat kek apa ntah, lepas tu jadi bantat, puncanya telur tak kembang betul dengan air dalam kukusan tak mendidih lagi saya dah letak adunan. Takpa, belajar dari kesilapan kata orang, kan u all. (“,)

“Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku”

Sumber:intan berlian

Leave a Reply