Resepi Puding Jagung Sukatan Cawan Mudah Tapi Sedap. Si Suami Pasti Senyum Sampai Telinga Dan Bagitahu Si Isteri, Tak Menyesal Kawin Dengan Eton Dulu Yer.

Melihat resepi puding jagung santan atau puding jagung coklat memang menggiurkan tekak berbanding puding biasa.Dengan rasa lemak manis jagung manis yang dikisar dan rasa lemak santan,ianya gandingan yang cukup mengasyikkan untuk dinikmati.

Lebih sedap lagi bila puding jagung manis ini diletakkan di dalam peti dan dimakan sejuk.Kami lebih suka menggunkan jagung dalam tin jenama Ayam Brand.Rasa jagungnya memang sesuai dengan selera.

Untuk resepi puding kali ini, kami berikan resepi puding jagung sukatan cawan untuk mudahkan anda menyukat.Gunalah cawan yang mempunyai sukatan metrik atau ukuran standard.Mudah didapati di pasaraya dan kedai bakeri.

Tips untuk dapatkan puding jagung kastard yang licin dan menawan adalah :

1- Semasa memasak adunan, gunakan api kecil sahaja dan sentiasa kacau adunan untuk elakkan berketul-ketul.Jangan guna api besar nanti hangit pada lapisan bawah puding.

2- Cara untuk pastikan adunan puding  ini telah masak,bila buih kecil terbentuk dan bila anda kaup balik bancuhan puding, ianya jatuh lambat seperti berketul pada permukaan senduk.Tapi jika jatuh laju dan seperti bertali, adunan puding anda masih belum masak.

Terima kasih kepada Puan Zurinanuar Ina atas resepi yang mudah dan sedap ini.

Bahan Resepi Puding Jagung Santan :

* 1 cawan jagung manis

* 1 cawan tepung kastard

* 1 cawan setengah gula

* 1/2 cawan susu pekat

* 1/2  cawan santan cair

Garam secubit rasa

Anda pasti puas hati dengan resepi puding jagung santan yang sedap dan cantik ini.Kami beri tips untuk dapatkan permukaan puding jagung yang licin cantik

Anda boleh kisar jika mahu jagung manis terlebih dahulu.Untuk sukatan santan cair pula, guna nibah 1:1 iaitu satu cawan santan pekat satu cawan air.

Cara Buat Puding Jagung Susu :

#1: Dalam satu bekas, masukkan semua bahan dan kacau sebati dahulu.Barulah dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan dengan api kecil sahaja.Sentiasa kacau 2-3 minit untuk elakkan lapisan puding berketul.

#2: Untuk sukatan di atas, biasanya masa memasak memakan masa hampir 30 minit. Ingat kacau sentiasa untuk lapisan puding jagung yang licin ya.Bila dah mendidih masak,tutup api dan terus tuang ke dalam loyang.Jangan tunggu sejuk nanti tak cantik.

#3: Ratakan dan tekan sedikit permukaan puding di dalam loyang.Sejukkan hampir 3 jam dan boleh dipotong.Untuk lagi sedap, masukkan dalam peti sejuk.

Anda pasti puas hati dengan resepi puding jagung santan yang sedap dan cantik ini.Kami beri tips untuk dapatkan permukaan puding jagung yang licin cantik

Anda boleh alas loyang dengan plastik sebelum adunan puding jagung dimasukkan untuk elakka n melekat.Untuk potong puding pula,gunakan pisau plastik yang telah disapu sedikit minyak masak.Tips ini akan hasilkan potongan puding yang cantik dan kemas.

Semua dah lengkap, boleh la anda mencuba resepi puding jagung kastard ini di rumah ya.Selamat mencuba.

Leave a Reply