‘SAYA TIDAK CURI WANG 1MDB’ – NAJIB

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak menerima faedah atau mencuri wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana pihak lain.

Beliau yakin sekiranya didakwa berkaitan kes 1MDB atas alasan politik, mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Najib berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menyatakan tidak mudah untuk menahan dan mendakwanya di mahkamah walaupun sebelum ini telah meyakinkan rakyat kononnya beliau (Najib) mencuri berbilion dana 1MDB.

“Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter hari ini.

class=”fb-post fb_iframe_widget” data-href=”https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155393948460952″ data-width=”500″>

Media melaporkan Dr Mahathir, semasa majlis makan malam dengan rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di Jepun pada Ahad malam, sebagai berkata: “Ia bukannya mudah. Kami perlu mencari bukti kukuh untuk dikemuka di mahkamah.”

Menurut Najib, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan bahawa kertas pertuduhan yang didakwa telah disediakan untuk mendakwa beliau pada 2015, adalah tidak benar.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan mendakwa perkara itu merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menggulingkannya dengan menggunakan individu tertentu dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata jemaah haji Malaysia yang pernah dibiayai 1MDB untuk ke Tanah Suci tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan adalah dari sumber yang halal.

“…kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya,” kata Najib.

Jabatan Peguam Negara terima kertas siasatan 1MDB dari SPRM

Jabatan Peguam Negara terima kertas siasatan 1MDB dari SPRM

PUTRAJAYA: Pejabat Peguam Negara memaklumkan telah menerima kertas siasatan berkaitan kes  1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang Selasa.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya menubuhkan dua pasukan khas bagi meneliti kertas siasatan terbabit biarpun memerlukan sedikit masa, namun mengambil maklum akan keperluan penelitian perkara berkenaan dengan kadar segera.

“Bagi memastikan tugas ini dapat dilaksanakan secara berkesan, saya menubuhkan satu pasukan untuk mengkaji kertas siasatan berkenaan dengan tujuan untuk memulakan pendakwaan jenayah jika ada.

“Satu lagi pasukan lain adalah untuk mengkaji daripada sudut prosiding guaman yang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau berkata, kedua-dua pasukan itu akan dianggotai pegawai terdiri daripada Timbalan Pendakwaraya dan Peguam Kanan Persekutuan berpengalaman yang akan terus melaporkan hasil kajian kepadanya.

“Saya sudah menandatangani permohonan untuk bantuan bersama dalam perkara jenayah daripada Switzerland, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Emeriyah Arab Bersatu.

“Harapan saya adalah agar dapat mengambil tindakan lanjut serta menjalin kerjasama dengan mereka,” katanya lagi.

Sumber: astro awani

Leave a Reply