“Saya tidak mahu minta nilai upah cecah RM35,000 sekarang…” Ada ‘APA’ Dengan Nabil??

Utamakan sikap merendah diri, dan segalanya akan menjadi mudah.

Itu resipi diamalkan Nabil Ahmad dalam perjalanan hidupnya sehingga dia mampu terus bertahan dalam dunia hiburan selama sedekad setakat ini.

Pernah menyara hidup sebagai mat despatch pada waktu siang dan menjual burger ketika malam, kini Nabil bertuah meraih populariti sebagai pelawak, pengacara dan pelakon.

Justeru, Nabil memahami tiada keperluan untuk dirinya berasa riak mahupun sombong.

“Jadilah seorang yang merendah diri. Saya dulu pernah melakukan kerja dengan upah hanya RM500 hingga RM600 sebulan.

“Ada ketikanya apabila dah bagi sikit pada mak, saya terpaksa mintak balik RM50 untuk kegunaan sendiri,” katanya.

Nabil juga mendedahkan dia pernah hidup dengan hanya ada RM5 dalam poket hasil jualan burger semalaman.

Kalau letak bayaran melampau

Justeru kata anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu tidak ada sebab untuk dia menjadi sombong apabila hidup sudah menjadi lebih baik.

Pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad, 34, itu ditemui pada sidang media Sedekad My Story Nabil Ahmad Dalam Industri yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Acara itu diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-10 pembabitan Nabil sebagai anak seni. Ia akan diadakan pada 24 Mac ini .

Biarpun tanpa segulung ijazah dan cuma berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia, Nabil ternyata mampu mengukuhkan nama dan kredibiliti tersendiri.

Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, dia juga tidak ‘meletak harga’ apabila diminta membuat kemunculan bagi menjayakan sesuatu program.

“Saya tidak mahu minta nilai upah cecah RM35,000 sekarang.

“Mana tahu suatu hari nanti bila dah tak ada nama orang akan persoalkan: itulah dulu letak bayaran mahal sangat,” katanya.

Dengan pendekatan sekarang, kata Nabil, dia sangat bersyukur ada syarikat bermurah hati menawarkan dirinya peluang terus bekerja dengan bayaran lebih tinggi.

“Inilah resipi saya selama 10 tahun, jangan poyo dan terlalu berlagak.

“Selagi boleh runding, kita runding – itu yang saya maklumkan kepada pengurus,” katanya.

Selain daripada itu, Nabil turut berpegang kepada nasihat Ustaz Don Daniyal yang berkata bahawa rezeki seseorang itu bukanlah milik individu terbabit 100 peratus.

“Kalau ada pelawak baru mencari peluang untuk bekerjasama, mengapa saya perlu katakan tidak, atau kalau ada rakan yang pernah sama-sama susah ketika menjadi penghantar kurier dulu perlu dibantu.

“Sekarang Allah murahkan rezeki, tuah itu jatuh pada saya. Tetapi boleh saja jatuh kepada dia.

“Dalam hal ini, selagi boleh tolong, tolonglah nanti kita mati yang hendak angkut ke kubur itu siapa?” katanya.

sumber: kopitarikkaw via pena putih

“Kami Serasi” – Siti Nordiana pilih Khai Bahar

Image result for kami serasi siti nordiana pilih khai bahar

KESERASIAN paduan suara bersama telah membuatkan penyanyi Siti Nordiana memilih Khai Bahar untuk berduet dalam single terbaharunya.

Siti Nordiana berkata idea untuk berduet bersama Khai Bahar muncul selepas nyanyiannya bersama Khai Bahar dalam aplikasi Smule mendapat sambutan peminat.

“Saya perasan setiap kali kami berduet bersama dalam Smule, orang luar serta peminat pasti suka dan video nyanyian kami dalam YouTube pun mendapat banyak jumlah tontonan.

“Kini saya nak realisasikan impian peminat yang mahu lihat kami berduet dalam versi lagu baru pula.

“Saya pun suka bila akhirnya dapat juga kami berduet dalam lagu baru kerana saya dapati kami serasi dalam setiap lagu yang kami nyanyikan,” katanya kepada Astro Gempak.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata dia dan Khai Bahar bakal bergabung idea untuk menghasilkan lirik dan muzik lagu duet tersebut.

“Istimewanya single duet itu ialah kami menciptanya bersama-sama dan memenuhi citarasa pendengar.

“Tapi buat masa sekarang ni saya sedang sibuk dengan single solo saya dahulu yang akan keluar pada Februari ini, kemudian barulah menyusul dengan single duet,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Nana bakal menjalani penggambaran telemovie Cekelat Semanis Honey Raya bersama Fikry Ibrahim Januari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal via astro awani

Leave a Reply