SAYA UJI DIA MASA JADI STAF– BAK WANITA MELAYU TERAKHIR, IBU ALIFF SYUKRI DEDAH PERSONALITI SEBENAR NUR SHAHIDA

Siapa yang tidak teruja dan gembira untuk menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga terutamanya cucu kesayangan yang telah menanti sejak sekian lama dahulu.

Mungkin itu perasaan yang dapat digambarkan oleh ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim apabila menantunya, Datin Seri Nur Shahida selamat melahirkan cahaya mata.

Menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya, beliau kelihatan sibuk menyediakan pelbagai juadah untuk menantunya dengan memasak pelbagai jenis menu ketika berpantang.

“Bagaimana Ida menjadi menantu saya? Saya uji dia semasa dia menjadi staf saya lagi.

Masa interview staff HR bagitahu dia ni adalah model syampoo yang terkenal (saya tak kenal artis sangat). Saya agak tekejut kerana seorang model yang income banyak boleh bekerja sebagai CS?

Disini saya akui saya tidak mahu orang yang dalam dunia glamour jadi ahli keluarga saya!! Tetapi saya tak prejudis. Saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasnya yang cantik. Sangat baik.

Dia tak sombong & tak kekok mengangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorang model yang terkenal. Ini sangat mengejutkan saya.

Saya risik dan intai setiap kali waktu solat, dia akan berhenti untuk solat dan sewaktu berenang di kolam renang dia tetap menjaga auratnya.

Masa baru kerja setiap hari peminat2 lelakinya hantar bunga, kasi jam mahal. Ida bukan murah & senang nak dapatkan. Bila Kri (Aliff) ngorat dia pun tak nak, woww hebat budak ni.

Saya melihatkan anak saya sukakan dia & saya masih menguji sejauh mana kekuatan anak saya & kekuatan jiwa Ida adakah memilih anak saya adakah sebab harta.

Bila saya bagi zakat pada fakir miskin Ida sebagai staf paling suka bantu uruskan. Saya simpan dihati “nak sangat budak ni.

Kri memang hensem & ramai peminat tapi bab dosa besar dia takkan buat saya puji Kri bab ni. Nak kahwin pun dia serahkan pada saya.

Bila dia kata nak Ida, saya kata tak payah lama. Kahwin je terus, mak yakin Kri pandai urus perkahwinan sebab dia jaga anak2 saya waktu saya kerja masa miskin.

Kri ni bab baiknya lah ya. Puasa tak pernah tinggal sehari pun, tak merokok & sayang saya sangat2 (sampai nama anakk dia pun dia nak saya kasi nama semuanya).

Saya akui susah hati didik Kri. Masa dia remaja, bini orang & makcik2 suka dan sayang dia. Untuk elak zina Ida terbaik untuk saya.

Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis lain yang tergedik2 untuk mengoda orang kaya. Ciri2 murni pada Ida ini memang menjadi idaman sy. (Saya sangat memilih nasab).

Paling saya tak lupa, pada awal perkahwinannya dia menjaga arwah ayah saya sakit sama2 dengan saya. Dia sayang anak2 saya yang masih kecik2 & begitu bersemangat tak mengeluh walaupun baru berkahwin,” ujarnya panjang lebar.

Sumber : Rozita Ibrahim via rosesmediadaily

TARIAN HINDUSTAN DATOALIFF DENGAN DATIN SHAHIDA BUAT NETIZEN TERHIBUR

Nama Dato’ Seri Aliff Syukri tidak asing lagi apabila keduanya kerap muncul dalam beberapa rancangan hiburan seperti MeleTOP dan sebagainya.

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman cukup peramah dan merendah diri walau pun bertaraf jutawan dan selebriti. Apa yang dipertontonkan di media sosial seperti blog Abang Terlajak Laris, FB, IG dan Youtube, itulah dirinya yang sebenarnya. Tiada istilah berpura-pura dalam hidupnya. Kejayaan yang dicapai membuatkan Dato’ Aliff Syukri dipilih menerima beberapa anugerah. Beliau bersyukur dan gembira dengan pengiktirafan yang diberikan.

Di sebalik menjadi tulang belakang Datuk Aliff, ternyata Datin Shahida bukanlah calang-calang orang.

Dato’ Aliff juga kongsikan video-video beliau yang menarik dan mencuit hati netizen. Kali ini Dato’ Aliff kongsikan video beliau sedang menari hindustan dengan isteri beliau, Datin Shahida.

Video ini mencuit hati netizen dan ramai yang memuji kebahagian hidup Dato’bersama Datin..

VIDEO:

Ini pula antara komen-komen daripada netizen:

Datok ni sweet sangat lah..

 

Hahahaha alamakkk larikkk kemana datin..

Happy family..

Cute video ni dato’..

Sumber

Leave a Reply