Selepas Ke Pejabat Pos, Aku Terserempak Dgn seoarang anak muda OKU yg sedang menolak kerusi roda ayah dia dlm keadaan tercungap2, Aku Hntar Mereka Pulang,Allahuakbar, Luluh Hatiku Tngok Rmh Mereka. Moga2 mereka Bahaagia hidup Dunia & Akhirat.

Cari Reda Dalam Gerimis

Allah, hari dah nak hujan dah mula gerimis berlari saya menuruni tangga Pejabat Pos Kuala Pilah selepas urusan beli wang pos dan setem hasil. Dalam saya berlari2 anak mata terus terpandang seoarang anak muda OKU yg sedang menolak kerusi roda ayah dia dlm keadaan tercungap2 dan berhenti seketika. Dalam pemerhatian saya mereka sekeluarga dan hati saya mula berkata-kata, “Ya Allah sedihnya aku melihat saudara islam aku ni”. Saya terus masuk kereta dan membuat pusingan U utk membantu keluarga ini.

Image may contain: one or more people and outdoor

 

Image may contain: 1 person, sky, house, tree and outdoor

Saya bertanya pad mak cik dan anak lelaki mak cik tu.

Saya: Mak cik nak kemana ?
Mak cik: Nak balik rmh nak , baru lepas beli barang2 dapur sedikit…utk nak makan mlm ni …
Saya bertanya lagi: Kenapa dgn kerusi roda pak cik?
Mak cik menjawab: Roda dah patah nak…

No automatic alt text available.
Saya pun menyambut: Meh sy bantu bawak keluarga mak cik dan pak cik balik ke rmh hari dah renyai2 ni mak cik pelawan sy.
Mak cik menjawab: Tak apa la nak kotor nanti kereta anak bau hancing nanti pak cik pampers dia dah bocor…
Saya menjawab: Tak apa mak cik blh je. Dan mereka nak duduk di cabin belakang kereta. Saya tak benarkan mereka duduk di kabin kereta dan saya memujuk mereka agar duduk di dlm kereta .
Anak mak cik bertanya: Sejuk kereta abg sedap kereta besar.
Saya menjawab: Alhamdulillah Allah beri pinjam sementara dik…air mata saya dah mula belinagan…
Mak cik: Masuk simpang kanan ye nak
Saya menjawab: Baik mak cik dan saya terus bertanya di mana rmh mak cik ? tu yg bumbung merah tu, Allah sayu hati saya…

Image may contain: house, tree, outdoor and nature

Setelah saya bantu menurunkan pak cik dan mak cik sekeluarga dari kereta, saya bersedekah kpd mereka.

Pengajaran yg saya dapat pelajari pd hari ini di dlm musafir

SEMASA MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT HARI INI TERLINTAS DI HATI YA ALLAH SUSAHNYA DGN UJIAN2 YG ENGKAU BERIKAN, DAN DI DLM PEJABAT POS JUGAK AKU TERMENUNG SEKETIKA..YA ALLAH SUSAHNYA AKU DAN BANTU LAH AKU. SETELAH SELESAI URUSAN DI PEJABAT POS ALLAH TUNJUKAN SESUATU PD AKU DAN MEMBERI PENGAJARAN TERUS PADAKU…ALLAH HUROBI…

*Menurut sumber, keluarga epet ni menerima bantuan JKM setiap bulan dan pernah dipaparkan dalam rancangan TV3, Bersamamu.

Lokasi rumah di sini
https://goo.gl/maps/GziPnT9T48R2

Sumber: Mohd Syahrizal MD Yusof

Leave a Reply