Selepas kucing ini melahirkan anak dia membawa anak-anaknya bertemu dengan seekor anjing, lihat reaksi mereka apabila bertemu, pasti mencairkan hati anda!

Jika dahulu mungkin anjing dan kucing tidak boleh bertemu. Pantang bertemu pasti mahu bergaduh. Ada sahaja isu dan masalah antara dua spesies tersebut. Tidak hairanlah jika ada ‘perang’ besar berlaku antara mereka berdua walaupun sebenarnya tiada apa yang serius berlaku.

Tetapi itu semua dahulu. Anjing dan kucing pada zaman moden ini kini lebih ‘berdiplomasi’ dan tidak suka bergaduh. Mungkin masih ada yang bermusuh tetapi banyak juga antara mereka yang telah melakukan ‘genjatan senjata’ sejak dahulu lagi. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat dua spesies ini kini boleh berteman dengan baik sekali.

Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam video ini. Selepas melahirkan anak-anaknya, ibu kucing ini dirakam membawa anak-anak kecilnya bertemu dengan kawannya yang menrupakan seekor anjing. Sekali lihat anjing ini mungkin nampak garang tetapi hakikatnya dia mempunyai hati yang lembut.

Lihatlah bagaimana dia melayan anak-anak kucing itu dengan lembut sekali, seperti anaknya sendiri. Mereka juga boleh bermain dengan gembira sekali tanpa kisah akan perbezaan antara mereka. Apa yang penting mereka saling menyayangi!

Sumber:erabaru

Leave a Reply