Senarai Peralatan Barang Yg Penting di Rumah, Tapi Mungkin Boleh Menyebabkan Anak Anda Dalam Risiko Yg Tinggi. Ini Tips Untuk Anda Di Rumah. Jangan Nanti Anda Menyesal Seumur Hidup.

Anda ambil kes yang berlaku kepada ank perempuan yang bernama Bronwyn Taylor sebagai pengajaran. Ia tercekik di tali penutup tingkap semasa bermain permainan di rumah neneknya. Hospital tidak dapat menyelamatkan anak berusia 2 tahun itu.

Ini Sebagai peringatan kepada semua ibu bapa yang tidak mengambil kisah terhadap risiko yang ada di dalam rumah. membiarkan anak walaupun satu saat boleh menyebabkan iu bapa menyesal seumur hidup.

Di bawah adalah senarai peralatan di rumah yang boleh menyebabkan kesan buruk pada kanak-kanak.

1.Tab Mandi,

Benda yang mengandungi air memang berbahaya kepada kanak-kanak secara langsung. Mereka suka bermain, apatah lagi mereka sangat teruja dengan air mandi. Maka, membiarkan mereka bermain dalam air seorang diri amatlah berbahaya. mereka kemungkinan boleh jatuh di dalamnya walaupun air tak dalam, potensi ancaman jangn diambil mudah.

2. Soket elektrik dan alat elektrik

Apa Yang agak penting adalah, elakkan mereka mendekati peralatan elektrik atau soket. Dalam proses merangkak atau berjalan, mereka sangat senang utk dekat pada bahaya tersebut.

3. Rak Almari

Kanak-kanak suka untuk memanjat. rak buku, baju penahan rak adalah kegemaran mereka untuk memanjat keran ia sangat senang dan dekat pada mereka. Tanpa penahan yang kukuh, rak-rak tersebut boleh jatuh dengan mudah dan akan mengempap mereka. Bagi memastikan keselamtan, ibubapa harus memastikan rak-rak adalah sangat kukuh,jadi ia akan susah untuk jatuh.

4. Tali Penghadang Tingkap

Kira-kira 17000 anak kecil telah terjerat dekat tali penghadang tingkap sekitar tahun 1990 dan 2015. kajian mendapati kebanyakkan mengalami kecederaan yang kecil dan hampir 300 yang mati. kes yang mati kebanyakkannya adalah disebabkan tercekik pada tali tersebut.

Menurut Dr O’Neil,  sekiranya kanak-kanak tercekik pada tali penghadang tingkap, mereka akan tersedak dan pengsan. sekiranya ibu bapa tidak mengambil langkah cepat, dalam masa 2 atau 3 minit, mereka mungkin akan mati.

5. Cerek Air

Cerek air adalah yang paling popular dalam setiap isi rumah. Mereka akan menanggung risiko yang tinggi yang boleh mengakibatkan kulit melecur sekiranya tidak berhati-hati. Ibu bapa harus mengambil perhatian terhadap peralatan ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak mereka.

6. Sudut Perabot

Jatuh adalah suatu perkara biasa bagi kanak-kanak. tapi agak malang sekiranya mereka jatuh terkena sudut pada perabot rumah anda.

Oleh itu, ibubapa harus meletakkan sarung atau span pada bahagian sudut perabot. selain itu, elakkan mereka untuk melompat pada temapt tinggi  atau dari katil ke bawah. Kalau boleh sediakan satu bilik yang khas dan selamat untuk mereka bermain di dalamnya.

7. Ubat-ubatan

Pada mata kanak-kanak, ubat yang bermacam warna adalah seperti gula-gula. oleh itu, ibubapa haruslah meletakkan ubat-ubatan jauh dari mareka. Asingkan tempat letak ubat untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

8. Cawan Kaca

Gelas boleh mengakibatkan luka sekiranya tidak berjaga-jaga. Ia akan menjadi kecederaan lebih teruk sekiranya mereka yang pecahkan oleh itu, ibubapa harus meyediakan cawan dan pinggan plastik kepada mereka.

Sumber: feedytv.com

video penuh di bawah

Leave a Reply