Setelah disahkan tiada harapan untuk hidup, doktor mencabut semua peranti sokongan hidup pada kanak-kanak ini. Namun selepas ibunya memberikan ciuman terakhir, tiba-tiba keajaiban berlaku!

Seorang bayi perempuan berusia 14 bulan, Alice, dari England dikatakan sebagai kanak-kanak perempuan yg paling beruntung di dunia.

ia disahkan tidak dapat pulih daripada penyakit yg mengancam nyawanya. Namun, keajaiban berlaku ketika ia berada di ambang kematian!

 

Apabila ia dimasukkan ke hospital, ia didiagnosis menghidap epidemic cerebrospinal meningitis.

Kesihatannya terus merosot dari masa ke masa & menyebabkan ia mengalami strok, septisemia (keracunan darah yg berpunca daripada mikroorganisma penyebab penyakit & toksinnya dalam darah), kegagalan buah pinggang & komplikasi serius lain.

Doktor tidak berdaya utk membantu mengubati keadaan Alice yg semakin merosot & ia hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan agar dapat meneruskan hidup.

 

Beberapa bulan kemudian, doktor membuat keputusan & memberitahu bahawa penyakit Alice tidak dapat dirawat dgn bantuan ubat-ubatan moden.

Doktor menasihati ahli keluarga Alice utk mematikan mesin penyokong hidup tersebut agar Alice tidak lagi menderita menanggung kesakitan.

Setelah mendengar saranan dari doktor, keluarga Alice bersetuju utk mematikan mesin tersebut. Mereka bersedih karena terpaksa melepaskan permata hati yg disayangi itu pergi buat selama-lamanya.

Selepas doktor mematikan sokongan hidup, ibu Alice dgn perlahan mencium anak perempuannya utk kali terakhir.

Walau bagaimanapun, sesuatu keajaiban berlaku mengejutkan mereka sekeluarga! Alice tiba-tiba mula bernafas sendiri! Para doktor yg hadir pada masa itu juga turut terkejut dgn keajaiban itu!

Dua tahun berlalu & Alice hidup bahagia di samping keluarganya. ia ialah kanak-kanak yg cantik dgn pipi kemerah-merahan, tampil dgn penuh bersemangat & senyuman menawan yg terukir di wajahnya menceriakan kehidupan mereka sekeluarga.

ia akhirnya berpeluang utk merakam gambar keluarga bersama ibu bapanya.

 

Kesan daripada penyakit epidemic cerebrospinal meningitis, Alice tidak dapat menelan makanan keras & ia harus diberi makanan cecair melalui tiub makan.

ia juga mengalami pertumbuhan kaki yg tidak sama & percakapannya terganggu. Namun itu semua tidak menghalangnya utk meneruskan hidup.

Sekarang, Alice belajar di tadika & menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain yg sebaya dengannya.

Pada suatu hari, Alice tiba-tiba melontarkan kata-kata yg pertama: “Mummy!” Ibu Alice sangat gembira apabila ia mendengar perkataan pertama Alice sehingga air mata mengalir di pipinya.

Ibu Alice berkata: “Setiap malam ketika anak perempuan saya tidur, saya akn selalu berfikir tentang kebahagiaan kami bersama.

Terutamanya apabila ia akhirnya memanggil saya ‘Mummy‘!” Cinta seorang ibu tentu sekali tidak mengenal batas.

 

Mungkin cinta & doa daripada ibu nya yg tidak putus- putus ialah sebab yg membantu Alice utk terus hidup & selamat daripada penderitaan.

Selepas membaca artikel ini, kita tidak boleh menafikan betapa hebat nya kuasa cinta seorang ibu. Semoga Alice & keluarganya dapat meneruskan kehidupan yg bahagia bersama!

Era Baru via moh sembang

Leave a Reply