Siapa Sangka Dulu Jual Nasi Lemak ,Tp Sekarang Dah Jadi Menteri

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Peribahasa inilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kisah kehidupan Menteri Sumber Manusia kita yang baru, M. Kulasegaran.

Menurut The Malay Mail, Kulasegaran dahulunya membesar di sebuah ladang di Kampung Bintang, Sitiawan. Pada tahun 1969, Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) ini merasai pengalaman rusuhan kaumnya yang pertama.

“Waktu tu saya sedang jual nasi lemak yang ibu saya buat demi dapatkan duit lebih untuk keluarga. Ada polis datang bertanya kenapa saya kat luar sebab perintah berkurung dah dikeluarkan.”

Sumber: Facebook

“Tiba-tiba saya dibawa ke balai polis. Lepas dapat tahu tempat tinggal saya, polis-polis tu hantar saya pulang tapi mereka ambil nasi lemak yang saya jual tanpa sebarang bayaran.”

Membesar tanpa bekalan air dan eletrik, anak kedua dari sembilan orang adik beradik ni mengaku yang beliau bukanlah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.

“Saya cuma dapat markah minimum untuk semua peperiksaan awam yang membolehkan saya beralih ke peringkat seterusnya. Saya tak dapat straight Apun.”

Sumber: The Malay Mail

Anak kepada pasangan suami isteri penoreh getah, Kulasegaran menyatakan bahawa beliau sangat berterima kasih dengan cara kedua ibu bapa membesarkannya.

“Ibu saya memelihara kambing, lembu dan khinzir untuk pendapatan tambahan. Saya kena kumpul makanan untuk beri makan pada haiwan ternakan. Antara tempat yang saya pergi adalah di hospital.”

“Lepas dah bawa balik makanan, saya kena periksa kalau ada benda-benda tajam dalam tu sebelum beri pada haiwan. Dulu tak ada sarung tangan tau. Hasilnya sekarang semua adik beradik saya pandai ternak haiwan.”

Gambar hiasan

Waktu Kulasegaran nak ke England untuk belajar undang-undang pada tahun 1978, ibunya menjual khinzir untuk biaya tiket penerbangan. Lepas beliau habis belajar, Kulasegaran menubuhkan firma Kula & Associates sebelum menjadi peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Tanah Melayu pada 1983.

Menyertai DAP pada tahun 1983, Kulasegaran menyatakan bahawa tak pernah terlintas di fikirannya suatu hari nanti wakil DAP, apatah lagi seseorang yang dahulunya penjual nasi lemak akan menjadi seorang menteri.

“Tak terbayang wakil DAP boleh jadi menteri suatu hari nanti.”

Sumber: Facebook

Kulasegaran yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia oleh kerajaan baru berjanji dia akan menggunakan jawatan yang diberikan sebaik mungkin untuk membantu rakyat.

“Ada banyak program khidmat masyarakat lepas hari raya nanti. Lepas Hari Raya Aidilfitri, pegawai-pegawai akan turun padang berjumpa orang ramai sebab saya maklumkan pada mereka yang orang-orang susah tak ada masa untuk datang ke pejabat kita pada waktu pejabat.”

“Mereka kena ada mindset baru, iaitu untuk bekerja pada hari Sabtu atau Ahad mahupun pada cuti umum.”

Sumber: Facebook

Wah memang tak sangka Menteri Sumber Manusia kita ni dulu jual nasi lemak. Semoga pengalaman lalu dapat membantu Kulasegaran lebih peka dan faham dengan keadaan semasa rakyat. 

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply