Siapa sangka pelajar dari Amerika Syarikat, Hungary, Jepun, dan Korea Selatan tewas di tangan “budak kampung” dari Malaysia Setelah memenangi Juara Dunia Pertandingan Nuklear di Korea.

Siapa sangka pelajar dari Amerika Syarikat, Hungary, Jepun, dan Korea Selatan tewas di tangan “budak kampung” dari Malaysia6aa9Image via MOSTI

Tiga pelajar SMK Kuala Besut mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara dalam pertandingan Program Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear peringkat dunia pada minggu lepas, 29 Mei 2018.

Pertandingan anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berlangsung di Gyeongju, Korea Selatan itu menyaksikan tiga “budak kampung” ini menewaskan peserta dari Amerika Syarikat, Hungary, Jepun, dan tuan rumah, Korea Selatan.

Tiga pelajar terbabit adalah Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17, Muhammad Anuar Abd Ghani, 17, dan Safiyyah Muhammad Nasir, 161697Image via MOSTI

Walaupun mereka hanya pelajar sekolah harian biasa, mereka berjaya mencipta sejarah dan membuktikan kemampuan mereka di peringkat dunia.

Lebih istimewa, mereka hanya anak orang kampung dan tidak datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi serta yang mempunyai kerjaya profesional.

Guru Penyelaras Projek, Wan Zul Azri Wan Mod Shatar menyifatkan kejayaan itu sebagai kemuncak kecemerlangannya sepanjang berkhidmat dalam bidang perguruan selama iniA493

Image via Tamizhar Media / Facebook

Menurut Wan Zul Azri, mereka yang hampir berputus asa tetap teruskan perjuangan. Akhirnya, segala susah payah yang mereka tempuhi selama ini membuahkan hasil.

“Sebenarnya saya sendiri hampir berputus asa dengan 1,001 dugaan sepanjang menyertai pertandingan ini. Kami perlu melalui tiga fasa dalam pertandingan ini di mana fasa pertama disertai 188 pasukan dari 30 buah negara. Alhamdulillah, pasukan kami terpilih untuk fasa kedua.

“Namun di sinilah mula menguji kesabaran saya. Cuba bayangkan untuk muat naik video bersaiz 500 mb yang berdurasi hanya tiga minit sahaja saya perlu mengambil masa setengah jam dan saya mencuba lima kali namun semuanya gagal,” katanya kepada Bernama.

Beliau terpaksa berada di depan komputer hampir tiga jam hanya untuk memuat naik video 500 mb itu, tetapi gagal

“Namun kuasa Allah dan berkat doa ibu bapa saya serta pihak yang inginkan kemenangan kami, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menghubungi saya melalui e-mel pada sebelah petang hari yang sama memaklumkan tidak perlu muat naik video itu.

“IAEA memaklumkan video boleh dihantar hanya menggunakan ‘link’ sahaja dan akhirnya kami berjaya menjadi juara dunia setelah menewaskan pasukan dari Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea selaku tuan rumah pertandingan ini,” katanya lagi.

Pasukan Malaysia yang diberi nama ‘KuBest Innovation Team’ menampilkan projek bertajuk ‘100 Things About Nuclear Science And Life’ dalam pertandingan tersebut134e

Image via IAEA

Pengetua SMK Kuala Besut, Che Soh Che Mat berkata, “Pasukan ini telah membeli tapak di Google Apps dengan memasang aplikasi NBEST untuk penyebaran maklumat yang mana seluruh dunia dapat memuat turun aplikasi berkenaan sebagai kesedaran tentang keperluan tenaga nuklear kepada masyarakat.

“Berkonsepkan “i-clear about nuclear”, masyarakat lebih memahami apa itu tenaga nuklear dan keperluan tenaga terbabit kepada kehidupan.”

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Tengku Zaihan menzahirkan kegembiraan atas pencapaian ini menerusi Facebook

Pencapaian hebat anak muda Malaysia ini turut menerima ucapan tahniah dari Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik

View image on Twitter

View image on Twitter

Maszlee Malik@maszlee

Pelajar SMK Kuala Besut Syazwan, Anuar & Safiyyah telah mengharumkan nama negara sebagai JUARA DUNIA dalam persaingan pelajar antarabangsa oleh @iaeaorg!

Terima kasih kepada para guru, PIBG, Guru Besar & @NuklearMalaysia kerana memberi dorongan kepada pelajar kami.
12:44 AM – Jun 2, 2018
433
144 people are talking about this

Twitter Ads info and privacy

Tahniah Syazwan, Anuar, dan Safiyah! Anda memang hebat!Bb85

Sumber:  says.com

Leave a Reply