Subhanallah! Niat Dia Untuk Mencari Pakcik Yang Dituduh Meraba Amoi Cina Berjaya.. Ini Apa Yang Terjadi Sehingga Lelaki Ini Menangis?

PETALING JAYA: Seorang pemuda yang menafikan perlakuan lelaki warga emas telah meraba penumpang wanita di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) seperti rakaman video yang tular baru-baru ini, akhirnya telah menemui individu berkenaan pada Khamis.

Pemuda berusia 24 tahun itu telah berusaha menjejaki lelaki berkenaan dari Klang ke Sri Petaling, Kuala Lumpur dengan menaiki pengangkutan awam Komuter dan LRT serta perkhidmatan perkongsian kenderaan Grab.

Dalam misi selama hampir lima jam itu, Karl Jeffrey Ramesh akhirnya berpeluang menemui warga emas tersebut di Masjid Sri Petaling pada petang Khamis.

Video temubual berada di akhir artikel ini

Seorang lelaki warga emas didakwa meraba paha seorang penumpang wanita.
Menerusi video penstriman secara langsung di Facebook, Ramesh menjelaskan kisah tular mengenai kejadian melibatkan lelaki itu, selain memaklumkan dirinya sebagai saksi kejadian.

“Saya tak perasan, itu semua fitnah,” kata warga emas yang berusia 70an itu sambil cuba mendengar percakapan Ramesh dengan teliti.

“Saya tak perasan, saya tak sedar,” katanya yang lebih dikenali sebagai Pakcik Abu Bakar yang meminta supaya isu tersebut tidak lagi diperbesarkan.

Menerusi pertemuan singkat kira-kira lima minit itu, menurut Abu Bakar, pihak keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpanya dan ia telah diselesaikan.

Malahan, beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. Dakwaan yang mencetuskan kemarahan netizen.

Sementara itu, Ramesh berkata, pertemuan bersama Pakcik Abu Bakar pada Khamis amat berharga meskipun singkat, sehingga dia menitiskan air mata kegembiraan.

“Saya akhirnya dapat bersemuka dengan pakcik yang dikecam hebat netizen kerana insiden dalam LRT tu. Saya lega dapat jawapan daripada dia.

“Dia nampak uzur, ada masalah kesihatan, selain penglihatannya agak kabur. Pergerakannya juga terhad kerana faktor usia dan sebab itulah di dalam video yang tular itu menunjukkan tangannya bergerak agak perlahan-lahan, bukannya mahu meraba,” kata Ramesh kepada mStar Online.

Ramesh menitiskan air mata selepas mengadakan pertemuan singkat dengan Pakcik Abu Bakar.
Biarpun masyarakat mempunyai pandangan masing-masing berhubung insiden yang tular itu, tetapi Ramesh meminta masyarakat berhenti membuat kencaman terhadap lelaki itu tanpa mengetahui perkara sebenar atau berada di tempat kejadian.

“Individu yang memuat naik video itu dah padam akaun Facebooknya. Orang lain yang menonton video itu lebih baik melupakannya dan teruskan kehidupan.

“Pengajarannya buat saya dan orang lain adalah jangan kita cepat menghakimi seseorang tanpa usul periksa. Saya berharap kita semua lebih berhati-hati,” kata Ramesh yang menyifatkan Pakcik Abu Bakar sebagai seorang yang ramah, tenang dan sedia menerima kunjungannya tanpa dirancang.

Ramesh menyifatkan Pakcik Abu Bakar seorang yang ramah dan tenang.

Ahad lalu, mStar Online melaporkan Ramesh yang mendakwa dirinya turut berada di tempat kejadian menjelaskan bahawa warga emas itu sekadar menarik perlahan-lahan kain jubahnya yang tertindih di bawah paha penumpang yang duduk di sebelahnya.

Kisah tular yang mencetuskan kemarahan dan kecaman netizen itu menarik perhatian seorang penceramah popular, Ebit Irawan Ibrahim Lew yang mengaku mengenali lelaki berkenaan secara rapat sejak umurnya 12 tahun.

Pakar motivasi yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew mendedahkan bahawa pesara itu bahagian bersama keluarga dan mempunyai anak-anak yang berakhlak dan cemerlang, dan kini menghabiskan sisa hidupnya dengan berkhidmat di masjid dan berdakwah, meskipun dalam keadaan uzur.

“Siapa terlibat fitnah pakcik baik cepat minta maaf dan bertaubat. Dosa fitnah ini lebih besar dari membunuh. Janganlah sakiti atau fitnah orang tak buat salah. Aibkan macam tu… orang baik dan tak salah pula,” kata Ustaz Ebit Lew.

SUMBER : MSTAR

VIDEO RAKAMAN TEMUBUAL DENGAN PAKCIK – SILA LIHAT MINIT KE-20

Sumber: Gedebakviral

Leave a Reply