Salam T4kziah kepada Nurihan dan keluarga 2 orang m4ngsa tr4gedi jalan runtuh di Taman Serdang Pukul 10mlm.. Inalillahiwainna ilaihirojiun.

DUA lelaki meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai apabila sebuah jambatan di Serdang, Bandar Baharu, runtuh, malam tadi.

Image may contain: night and outdoor

Image may contain: sky, outdoor and nature

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Barudin Wariso berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 10.15 malam.

Menurutnya, anggota polis dan pihak bomba yang menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kemudian bertindak mencari mangsa.

“Pasukan keselamatan kemudian menemui sebuah motosikal dan topi keledar di tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa.

“Mayat kini dalam proses untuk dibawa keluar,” katanya ketika dihubungi NSTP.

انا لله وانا اليه راجعون

Takziah kepada Nurihan dan keluarga 2 orang mangsa tragedi jalan runtuh di Taman Serdang pada malam ini. Terima kasih kepada semua anggota penyelamat yang membantu , Polis, Bomba, APM, JKR, SADA, MDBB, serta orang ramai.

No automatic alt text available.
Jenazah telah di bawak oleh polis utk proses pengesahan dan sebelum ke hospital.

SADA akan ambik tindakan untuk bekalan ayaq kepada penduduk Taman Serdang.

MDBB & JKR telah ambil tindakan menutup laluan kerana dikhuatiri kan membahayakan penduduk sekitar kerana retakan tambahan telah berlaku.

Segala tindakan teknikal akan diambil oleh jabatan jabatan yang berkaitan untuk baik pulih.

Semoga segalanya dilindungi dan dipermudahkan segala urusan kita.

Sumber: hmetro.com.my

Leave a Reply