Terkejut Budak2 Motor Yg Lepak-Lepak Dkt Bas Stop Apabila Di Ziarah Oleh Hafiz Suip & Zul Yahaya Di Rawang. Untung la budak2 Dapat Dengar 1 Lagu Dari Hafiz. MasyaAllah Terngangga Dyeorng Dgr Hafiz Nyanyi Live.

Penyanyi kelahiran Sarawak, Hafiz Suip kini tampil dengan imej yang berbeza selepas dilihat sering mengenakan serban dan berjubah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hafiz berkongsi beberapa keping gambar ketika bersama rakan-rakannya ketika berada di dalam masjid.

“Assalamualaikum. Iktikaf di dalam masjid pusat puspen dimana kita berikram dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.

“Bagi mengerjakan suruhan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.. #balanceduniaakhirat #kejarakhiratduniakejarkitatapikejarduniaakhirattinggalkita #bukakanhatiseluasluaslautan,” tulisnya.

Rata-rata peminat kagum dengan perubahan yang dilakukan oleh Hafiz dan mereka berharap dia istiqamah dalam melakukan perubahan dalam hidup.

“@apiskalid: Moga kita sama-sama istiqamah dalam usaha agama Hafiz! Inshaallah.”

“@hjhrajaradziah: Alhamdulillah bangganya aunty tengok. Barakallah semoga dilimpahkan rezeki sentiasa dalam rahmat dan berkat hidup dunia akhirat.”

“@lsmisc2013: Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan kebaikan yang banyak pada kita di dunia & di akhirat. Amin.”

“@yatqieszaine: Subhanallah hidayah dari Allah moga jadi asbab kebaikan seluruh Alam. Tahniah hafiz, bukan semua orang boleh buat ni.”

“@nizam_zainal: Allahuma Aamin. Hidayat Allah. Hebat kamu Hafiz MasyaAllah semohga terus memberi inspirasi kepada semua.”

Terbaru Hafiz Keluar di Rawang Bersama Zul Yahya dan Jemaah yang lain untuk baiki diri. Untunglar budak2 motor ni.. time lepak2 kt Bas Stop dpt dengar dendangan 1 #LAGU drpd Hafiz Suip time buat ‘Street dakwah’ di Sg Buaya, Rawang! Terkejut dorg…Hafiz Suip yg dtg ziarah.

Hafiz Suip belanja satu lagu 'Bahagiamu deritaku' utk ahli jemaah! Jom dengarkan.. 😍😍😍

Posted by Syafiq Mohsin on Saturday, 25 August 2018

video by Syafiq Mohsin

Teks Oleh Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram Hafiz Suip via gempak.com

Leave a Reply