TERKINI SELEPAS UMNO TUMBANG INI YANG BERLAKU PADA USTAZ KAZIM SUNGGUH KESIAN

Terkini! Selepas UMNO tumbang ini yang berlaku pada Ustaz Kazim, Sungguh kesian! | Kadangkala, kerana perbezaan fahaman politik, seseorang sanggup memutuskan tali silaturrahim dengan memfitnah dan bersangka buruk terhadap saudaranya.

Itulah yang berlaku kepada Ustaz Kazim Elias apabila seorang lelaki yang juga kenalannya berkata buruk tentangnya dan mendakwa difitnah oleh kenalannya itu.


Petikan video dari youtube Kecewa Dengan PAS : Ustaz Kazim Elias Umum Keluar Parti baca artikel penuh di bawah

Jika sebelum ini umum mengetahui Ustaz Kazim menyokong kerajaan lama, namun ia tidak bermaksud beliau menolak kerajaan baru.

Menurut lelaki terbabit yang bernama Zaira, Ustaz Kazim kononnya tidak sanggup hidup di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan beliau sudah berangkat ke Afrika Selatan dan bermastautin di sana.

Status itu telah tersebar dan terdapat segelintir pengikut Zaira mengecam dan turut sama menghina Ustaz Kazim.

Akhirnya, status itu telah sampai ke pengetahuan Ustaz Kazim dan beliau terkilan dan sedih bagaimana seorang yang dikenalinya sanggup berkata buruk di belakangnya. Berikut merupakan luahan Ustaz Kazim.

Tak elok fitnah di bulan Ramadan

Abang Zaira, kita saling mengenali.. Keluarga abang juga kenalan saya.. cukup saya tak sangka ini perkataan abang kepada saya. Saya rasa tak elok fitnah begini dalam bulan Ramadan pulak tu..

Bila masa saya kata mcm tu.. Saya tak sebut pun mcm tu jangan tokok jangan tambah. Saya cuma pesan berhati-hati dalam proses memilih.. Kerana ia bukan main-main. Saya tak sentuh pun mana-mana parti yang saya sebut pertahankan hak kita.. Salah ke? Maknanya pilih lah yang terbaik dan ianya adalah bersifat umum dan saya tak sebut pun nak pindah ke mana-mana negara.

Saya bukan orang politik

Inilah fitnah namanya. Saya bukan orang politik dan tak berminat pun dengan politik. Berapa banyak tawaran jawatan saya tolak malah menjadi calon pun saya tak nak sebab saya nak berdakwah.

Tetapi ketaatan kepada ulil amri tetap kena ada pada perkara yang maaruf walau siapa yang memerintah. Ini juga pegangan saya. Jiwa saya ialah pendakwah.

Buat Che Su, saya dah lama tak berkuliah di Masjid Manjoi, jangan buat fitnah la.. Nyatakan tarikh saya memfitnah di Masjid Manjoi.. Che Su ye jangan main tibai je..

Aku berpuasa hari ini Ya Allah…. Nak komen, komen la tapi kita berpuasa berhati-hati lah dalam berkata-kata.

Sumber: Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

mungkin ramai yang belum dengar ucapan Ustaz Kazim mengenai apa yang disebarkan oleh rakan baiknya tersebut jadi kami telah mencari video tersebut dan ini yang kami temui sila dengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Ustaz Kazim dan nilaikan sendiri bahawa apa yang dikatakannya fitnah atau sebaliknya

SUMBER: helangmerah.com

Leave a Reply