Timbalan Menteri Rebah, Jatuh Dari Pentas Semasa Tun memberi Ucapan di Putrajaya…

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah di pentas ketika perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, hari ini.

Semua yang hadir terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan memusingkan badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Sementara itu, pasukan paramedik terus bergegas memberikan rawatan dan mengangkat beliau ke pengusung sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.

Bagaimanapun, beliau meneruskan ucapan ketika Perhimpunan Bulanan JPM itu.

sumber: hmetro

 

Reaksi DS Najib Terhadap Kesanggupan Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin Mendermakan Gelang Emasnya.

PETALING JAYA: Kesanggupan Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang mendermakan gelang emas miliknya kepada Tabung Solidariti Bebaskan Najib pada Jumaat mendapat perhatian bekas perdana menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak melalui catatannya di Twitter berkata: “Saya sangat tersentuh hati dengan kesanggupan Puan Zaleha Bujang, Ketua Wanita Jasin mengorbankan gelang kesayangannya untuk menyumbang kepada Tabung Bantuan ikat jamin saya.”

Najib memuat naik posting tersebut di Twitter pada Jumaat malam selepas berita mengenai sumbangan Zaleha itu dilaporkan mStar Online pada hari yang sama.

Tweet tersebut diulang kicau (retweet) sebanyak 1,052 kali dan mendapat 2,879 tanda suka (likes).

Sementara itu, Zaleha berkata, beliau berasa terharu di atas ucapan tersebut kerana amat menghormati bekas pemimpin negara itu.

“Saya mahu ucapkan terima kasih sebab Datuk Seri Najib dapat tulis tweet begitu.

“Apa yang saya lakukan adalah sebagai tanda hormat kepadanya yang membuatkan saya dapat menikmati kemakmuran negara pada zaman pemerintahan beliau,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi, Sabtu.

Walaupun tindakannya mendermakan gelang emas itu meraih pujian orang ramai, namun tidak kurang juga terdapat pihak yang menghentam inisiatif tersebut.

Namun, Zaleha enggan mengambil hati kecaman yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia lumrah apabila seseorang ingin melakukan kebaikan.

“Ada yang cakap baik saya bantu orang Syria, Palestin dan Rohingya. Ya, saya sudah pernah bantu mereka.

“Jadi ini adalah hak peribadi jika saya ingin membantu sesiapa sahaja, saya bukan membantu Datuk Seri Najib seorang,” katanya yang berharap ia dapat membuka mata pihak yang didakwanya telah menganiayai ahli Parlimen Pekan itu.

Tambah Zaleha, beliau menyasarkan kira-kira RM10,000 dapat dikumpulkan daripada kesemua 89 cawangan Umno Bahagian Jasin dan wang sumbangan itu akan diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas tabung tersebut, Sabtu.

mStar Online pada Jumaat melaporkan, Tabung Solidariti Bebaskan Najib yang diwujudkan oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan sudah pun mengumpul kutipan berjumlah RM86,282 setakat petang Jumaat.

Atas inisiatif itu, Zaleha turut mendapat inspirasi bagi membantu bekas perdana menteri itu dengan menyerahkan seutas gelang emas miliknya untuk didermakan kepada tabung itu.

Selain gelang, Zaleha turut menyumbangkan sejumlah wang tunai untuk tabung berkenaan. Namun, dia tidak mahu mendedahkan jumlah sumbangannya itu.

Mengulas mengenai sumbangan barang kemas, dia mengambil pendekatan itu bagi mengikut jejak langkah kumpulan wanita zaman dahulu yang sanggup mendermakan barang kemas mereka dalam usaha menuntut kemerdekaan negara.

SUMBER : MStar & YouTube Channel Rakyat. via Kicappedas

Leave a Reply