(Video) Boleh Tarik Keju Sepuas Hati, Ini Resipi ‘Cheesy Chicken Sandwich’ Yang Viral Di Facebook

5 April – Kombinasi keju dan juga ayam sudah sebati dan menjadi trend untuk rakyat Malaysia. Bahkan, pelbagai jenis makanan pada masa kini sudah pun ‘dikejukan’ untuk menambah rasa menarik dalam sesuatu makanan.

Sebuah laman masakan luar negara, Cookat telah berkongsi satu resipi viral iaitu ‘Cheesy Chicken Sandwich’ yang telah pun tular di lama sosial dan menerima lebih 100 ribu perkongsian dalam masa 4 hari.

Bahan-bahannya mudah sahaja, hanya perlukan ayam bahagian dada tanpa tulang, garam, lada, keju mozarella 70 gram, tepung, telur dan 1 paket Nachos.

Kuantiti setiap bahan bergantung kepada berapa ketul dada ayam yang anda mahu gunakan.

Cara-cara untuk memasak:

1. Potong dada ayam tersebut menjadi separuh dan lapikkan dengan plastik untuk diketuk sehingga menjadi nipis. Kemudian, perisakannya dengan garam dan serbuk lada. Letakkan satu ketul keju mozarella dalam dada ayam itu dan balut.

2. Salut dada ayam tadi dengan tepung yang telah disediakan, kemudian salut pula dengan 2 biji telur dan akhiri salutan dengan 1 paket nachos yang telah dihancurkan sedikit.

3. Goreng dada ayam tersebut sehingga menjadi warna keemasan.

Siakapkeli.my

RESEPI : CHEWY CHEESE YANG MACAM KAT KFC


RESEPI : CHEWY CHEESE YANG MACAM KAT KFC
ke lagi senang panggil cheeseball je ?
hehee 😀
 
 
hari ni tak cerita pasal jahitan. tapi nak cerita pasal makanan. hehee yes !! ini resepi bebola berintikan cheese macam kat KFC tuu. chewy cheese kan namanya. hari tu aku teringin nak tahu macam mana rasanya. sedap ke, tak sedap ke kan. maka, gigihlah kaki ini menapak ke KFC. lagipon, dah memang pergi ke bandar masa tuu. bile dah beli, dah rasa, memang mabeles. tapi sayangnya, mahal betol. 5 ketul = RM5. phewww~~

buat banyak-banyak simpan dalam fridge.
yang ni tak gaul dengan telur lagi. 🙂
sebab chewy cheese ni sedap kebabom, aku pon buat sendiri. terjumpa resepi Kak Chaq ni. tengok bahan-bahan pon tak lah susah nak cari. cara buat chewy cheese yang macam kat KFC ni pon nampak macam senang je kan. (cehh, sebab nak sangat makan, apa pon sanggup. kihih) serbuk roti aku beli di kedai kek.
resepi asal : Kak chaq

BAHAN-BAHAN :
5 biji KENTANG (saiz sederhana)
1 1/2 cawan TEPUNG GANDUM
(ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung)
secubit GARAM
LADA PUTIH secukupnya
1/2 KEJU CHEDDAR (dipotong kecil-kecil)
SERBUK ROTI
2 biji TELUR
 
 

CARA-CARANYA :

1. Rebus kentang bersama garam. Garam tu agak-agak je. Jangan banyak sangat, kang termasin sangat. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Ketepikan. Tapi lepas ni, aku rasa lebih baik goreng kentang tu daripada rebus, sebab kentang tuu lembik sangat bila direbus. hukhuk

2. Gaulkan kentang tadi bersama tepung gandum. Jangan terlebih letak tepung gandum, nanti terkenyal dah jadi macam cucur ikan bilis aka jemput-jemput. Tu yang berlaku kat aku, terlebih letak tepung. kihkih agak-agak je tepung tuu.

3. Masukkan bersama lada putih sebab tak ada lada sula. hehee Gaulkan hingga sebati.

4. Bentukkan adunan kentang–tepung gandum–lada putih tadi menjagi bebola kecil.

5. Masukkan keju/cheese yang dipotong kecil ke dalam bebola kecil tadi. Caranya lebih kurang macam buat kuih buah melaka tuu.

6. Dah siap bubuh keju/cheese tu salutkan dengan serbuk roti. Kemudian, gaulkan pula dengan telur yang dah dipukul. Kemudian, gaulkan lagi sekali dengan serbuk roti. |serbuk roti–> telur –> serbuk roti |

7. Sedia untuk digoreng.

 


sekali pandang macam fishball yang jual kat pasar malam, 3 seringgit. 
heheee
 



Rasanya memang sedap sangat !! lagi sedap kalau letak cheese tu banyak-banyak. Tapi yang spoil sikit, terlebih tepung tuu lah. kihkih Yang penting, tak sempat nak simpan lama. tak sampai 2 hari dah habis di goreng. Hasilnya, adalah dapat dalam 150 biji. tapi yang tak best, benda ni kalori tinggi jugak. huhuu *bertambah bam bam lah daku gamaknya. =_=

# kalau malas nak buat, beli je. senang. tapi tu lah costly sikit kan. kalau duit ada extra apedehal kan. 🙂

Sumber:sitikektus.blogspot

Leave a Reply