VIDEO TERKINI: 6 REMAJA BERJAYA DIKELUARKAN DARI GUA

Bangkok, 8 Julai – Seramai enam remaja yang terperangkap di dalam gua di utara Thailand telah berjaya dikeluarkan selepas mereka terperangkap selama dua minggu, kata salah seorang pegawai perubatan yang terlibat dalam operasi menyelamat pada Ahad.

Video:

Reuters melaporkan, pihak berkuasa di wilayah Chiang Rai memulakan operasi mengeluarkan kesemua 12 remaja dan jurulatih mereka pada awal Ahad.

Misi menyelamat itu dibuat selepas mengambil kira risiko air yang semakin naik di dalam gua terbabit. Bagaimanapun, operasi itu diberhentikan seketika susulan beberapa kekangan dan akan disambung kembali pada pagi Isnin kata Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn.

Beberapa portal berita sebelum ini menyatakan bahawa seramai enam dari remaja berkenaan telah diselamatkan namun pembetulan telah dibuat selepas gabenor menyatakan hanya empat yang baru diselamatkan.

Berita sebelumnya.

(VIDEO) SAAT YANG DITUNGGU – MISI GETIR KELUARKAN 13 MANGSA TERPERANGKAP DI GUA BERMULA HARI INI

Saat yang ditunggu akhirnya telah tiba. Pasukan penyelamat telah memulakan misi getir pada hari ini bagi mengeluarkan kesemua 13 mangsa iaitu 12 remaja lelaki dan seorang jurulatih yang terperangkap di gua sejak 2 minggu lalu.

Menurut ketua operasi, Narongsak Osottanakorn, pasukan terlibat telah memasuki gua pada pukul 10 pagi tadi waktu tempatan.

Difahamkan, kesemua sukarelawan, wartawan dan orang luar telah diminta beredar dari kawasan pintu masuk gua bagi memberi laluan kepada operasi menyelamat. Hanya yang terlibat seperti pasukan penyelam, perubatan, tentera serta polis berada di situ bagi mengawal kawasan.

Berdasarkan kenyataan rasmi, mangsa pertama dikatakan dijangka akan berjaya dibawa keluar dari gua pada Ahad, pukul 9 malam waktu tempatan. Tetapi, keseluruhan operasi menyelamat akan memakan masa selama beberapa hari.

‘Kesemua remaja lelaki itu dan jurulatih mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang sihat. Mereka juga fokus dalam misi menyelamat ini. 

”Hari ini adalah harinya” ujar Narongsak.

anonymousAsia@anonymousAsia

This is how narrow and risky the evacuation of the 12 kids and coach would be. A Thai Navy Seal lost his life yesterday night in the cave placing tanks inside the 3rd cave. RIP

1:09 PM – Jul 6, 2018

1,592

2,307 people are talking about this

Twitter Ads info and privacy

Bagaimanapun tidak dapat dijelaskan, bagaimana kesemua mereka yang terperangkap akan dikeluarkan tetapi kelihatannya misi tersebut melibatkan menyelam dan berjalan di kawasan tahap air yang dibolehkan.

Sumber: siakapkeli via tvbulan

Leave a Reply