“Viva ini lah Yang aku guna untuk cari makan waktu mula-mula berlakon dulu”- Saharul Ridzuan berkongsi pengalaman sebelum bergelar artis

Di sebalik kehidupan terkenal seorang selebriti, ramai sebenarnya yang tidak mengetahui pergorbanan mereka, terutamanya ketika mula-mula bertapak di dalam industri.

Menyedari perkara ini, pelakon Saharul Ridzwan telah mengimbau kembali kenangan ketika beliau mula menceburi industri hiburan ini pada beberapa tahun yang lepas.

Menerusi Instagram beliau, Saharul telah memuat naik sekeping gambar beliau bersama dengan kereta pertamanya, sebuah Perodua Viva yang pernah digunakan oleh beliau masa mula-mula berlakon dahulu.

BERJAYAKAH AKU? Post ini sekadar perkongsian tentang diri aku

Image result for viva-ini-lah-yang-aku-guna-cari-makan-waktu-mula-mula-berlakon-dulu-saharul-ridzwan-kongsi-pengalaman-sebelum-bergelar-artis

Viva ini aku beli gunakan duit pinjaman Mara utk bayar deposit, tapi aku grad dengan 3.71, Diploma in Aircraft Maintenance, pinjaman itu dah jadi scholarship, aku tak perlu bayar apa2. BERJAYAKAH AKU?

Rezeki aku dibidang lakonan, kereta inilah yang aku gunakan masa mula2 aku berlakon, insan yang mula2 ambil aku tanpa casting utk pegang watak utama walaupun aku kosong dalam lakonan adalah GURU, KAKAK, IBU aku, sis @sheilarusly_jspictures. Aku pernah ditampar diset, tapi aku tak ambik hati langsung, aku tahu Guru aku sedang mengajar aku atas kesilapanku. Masa tengah shooting #KauAkuKita dgn @jannanick , aku ckp dekat sis “Sis, sy nak award, sy nak orang nampak hasil kerja saya”. Kami sapu semuanya dalam DFKL2016. Terima kasih Sis dan abg @jinggo_jspictures . Sampai mati sy akan jasa ingat sis dan abg jinggo, sy sayang sis dan abg jinggo. SY MINTA MAAF, sy hilang sekejap, sy JANJI sy akan datang balik utk banggakan sis dan abg jinggo. Terima Kasih

Pernah mandi di Petronas sebelum memandu sebuah Mercedes…

Image result for viva-ini-lah-yang-aku-guna-cari-makan-waktu-mula-mula-berlakon-dulu-saharul-ridzwan-kongsi-pengalaman-sebelum-bergelar-artis

Dan sekarang, aku berdiri di hadapan sebuah kereta yang penuh dengan sentimental value, merenung betapa susahnya mendaki sebuah kejayaan. Mandi di petronas, kereta rosak tengah jalan, accident, macam2 lagi. Sehinggalah aku mampu untuk pakai kereta Merc di belakangku hasil tunjuk ajar Guru aku, @man_sixpointtwo @aku_afendy @fizoomar, walaupun hanyalah sebuah kereta recond, tahun 2013. BERJAYAKAH AKU?

Aku belum lagi berjaya.

Tidak, AKU BELUM BERJAYA. Solatku belum sempurna 5 waktu, bacaan Al-Quran ku masih salah, yakinku pada rezeki dari Allah belum sepenuhnya, tabahnya aku dalam setiap dugaan Allah masih lemah, utk katakan TIDAK pada perkara yang salah, AKU BELUM BERJAYA. Nilai kejayaan bukan dinilai dari harta benda. Semuanya akan ditarik, yang tinggal hanya AMALANKU

Image result for viva-ini-lah-yang-aku-guna-cari-makan-waktu-mula-mula-berlakon-dulu-saharul-ridzwan-kongsi-pengalaman-sebelum-bergelar-artis

Jadi, bilakah aku akan BERJAYA? Selepas nyawaku diambil, disoal segala apa yang aku lakukan, walau sebesar zarah sekalipun. SYURGA atau NERAKA

AKU NAK BERJAYA KE SYURGA. Itulah kejayaan yang sebenar utk aku dan tugasku memimpin keluargaku bersama-samaku, aku perlukan Guruku, ustaz @tarmiziabdrahman ,kerana untuk ke SYURGA, usahaku perlu lebih, lebih dari semuanya yang aku usahakan.

Sumber : Saharul Ridzwan

via ohmymedia

Leave a Reply