“walaupun dah 90 tahun.. Atok masih perlu bekerja memulihkan negara mungkin disebabkan kesalahan atok dulu…”

Viral di laman sosial twitter sebuah video pendek Tun Mahathir yang agak menarik dan menyentuh hati netizen apabila Tun Mahathir sedang bercakap dengan 2 orang cucunya . Didalam video tersebut Tun Mahathir berbual dengan cucunya tentang kemerdekaan dan menerangkan kepada cucunya beberapa perihal masalah yang ada dalam Malaysia.

Mahathir turut menjelaskan kepada cucunya bahawa beliau hanya ingin memperbaiki negara Malaysia yang mungkin kininya telah rosak angkara kesilapannya masalalu mentadbir negara Malaysia. Diiringan dengan musik yang sedih dari Seniman Sudirman, video tersebut sungguh menyentuh hati .

“Atok dah tua.. umur dah 90 tahun lebih
…jadi masa tak banyak…
Tetapi setakat yg boleh, atok akan berusaha… sedaya upaya berkerjasama dengan kawan-kawan untuk pulih semula, negara kita Malaysia…”

Itulah antara kata kata Tun Mahathir didalam video tersebut yang membuatkan netizen agak tertarik dengan video tersebut. Selain itu netizen juga bersyukur dan menyokong Mahathir yang mengaku akan kesilapannya dimasa lampau yang menyebabkan Malaysia terjurus kearah yang tidak seberapa baik dan menyokong tindakan bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut.

Netizen juga berpendapat bahawa Mahathir telahpun mempunyai anak anak billionaire dan tiada sebab untuk beliau masih berjuang demi anaknya malah , beliau sudahpun berumur 90 tahun dan beliau semestinya sedar dengan usia beliau yang agak terlalu lama di bidang politik dan pemerintahan Malaysia. Netizen menganggap kali ini adalah usaha Mahathir untuk memperbaiki kesilapannya dimasa lalu.

Apa pendapat anda?

 

Dr Mahathir Mohamad

@chedetofficial

“Atok dah tua.. umur dah 90 tahun lebih
…jadi masa tak banyak…
Tetapi setakat yg boleh, atok akan berusaha… sedaya upaya berkerjasama dengan kawan-kawan untuk pulih semula, negara kita Malaysia…”

8:30 AM – Apr 28, 2018

18.9K

23.1K people are talking about this

Twitter Ads info and privacy

 

[VIDEO] Dr M dipeluk oleh seorang lelaki MISTERI Berbaju Hitam ketika di Langkawi!

 

 

Selepas selesai pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berjalan keluar dan bersalaman dengan penyokong-penyokong yang setia menunggu di luar pusat penamaan calon.

Ketika bersalaman, tiba-tiba seorang lelaki berbaju hitam memeluk seolah-olah terharu melihat Mahathir.

SPR mengesahkan tiga calon layak bertanding dengan semua borang pencalonan diterima tanpa sebarang bantahan pada PRU14 9 Mei depan.

Ketiga-tiga calon itu ialah penyandang kerusi berkenaan, Datuk Nawawi Ahmad dari BN, yang akan ditentang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon PAS, Zubir Ahmad.

VIDEO:

Dr M jawab DCA, pertahan pesawat disabotaj

 

Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan dakwaannya bahawa pesawat terbang yang disewa khas kelmarin telah disabotaj bagi menghalangnya untuk hadir ke pusat penamaan calon, semalam.

Dr Mahathir turut berkata, kerosakan serius pada roda hadapan pesawat itu turut diakui oleh Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi kenyataan lembaga itu, semalam.

“Hari ni CAAM anggap tuduhan saya sebagai serius. Saya tak tuduh CAAM, saya cuma nak nyatakan apa yang berlaku yang diakui oleh CAAM sendiri.

“CAAM tahu pesawat itu tak dapat terbang apakah dia disebabkan sabotaj ataupun tidak, tidak boleh ditentukan oleh CAAM sebelum siasatan tapi saya anggap perkara itu sengaja dibuat kerana ada niat untuk menghalang saya jadi calon di Langkawi,” kata bekas perdana menteri itu dalam ucapannya di Dewan Ho Peng, Kuah, Langkawi malam tadi.

Semalam CAAM menerusi kenyataannya menafikan pesawat persendirian yang disewa khas oleh Dr Mahathir tidak disabotaj sebaliknya mengalami ‘masalah teknikal’.

“Kapal terbang itu tidak dapat diterbangkan kerana masalah kecil dan masalah teknikal, termasuklah kebocoran udara dari tayar kiri,” kata Pengerusi CAAM Azharuddin A Rahman.

Azharuddin turut mengkritik dakwaan yang dikeluarkan Dr Mahathir yang menurutnya boleh menjejaskan reputasi penerbangan di Malaysia.

Bercakap dihadapan 600 hadirin, calon parlimen Langkawi itu berkata beliau tidak menolak kemungkinan terdapat pihak lain yang telah dimaklumkan awal berkaitan kejadian tersebut.

Amaran tak pinjamkan pesawat

Katanya beliau cuba menghubungi tiga rakannya untuk meminjam pesawat ke Langkawi namun salah seorang darinya memaklumkan telah diberi amaran untuk tidak meminjamkannya kepada beliau.

“Nampak seolah-olah ada pihak yang tahu kecederaan (kerosakan) pada pesawat saya itu dan menentukan tidak ada pesawat lain yang boleh saya pinjam, supaya saya dapat terbang ke Langkawi untuk hadir ke penamaan calon,” katanya.

Sementara itu berhubung lima wakil calon yang dibatalkan pencalonannya dalam penamaan calon semalam, Dr Mahathir berkata pihaknya akan membawa perkara itu ke mahkamah.

“Tak tentu sebab ada calon HARAPAN yang dihalang dari mendaftar sebagai calon HARAPAN. Kita dapati sebab tak berasas dan kita akan tentukan untuk bawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

Lima calon HARAPAN itu adalah Tian Chua (PKR) di parlimen Batu, Pizi Jihat (BERSATU) di DUN Bukit Pasir, Yaakob Osman (BERSATU) Di DUN Penaga, Mohd Azihan Che Seman (PKR) di DUN Tawang, dan Mohd Hafidz Amran (PKR) di DUN Kuala Balah.

VIDEO:

Leave a Reply